ALBUM 2018
MAJLIS PERPISAHAN: SAYONARA SWEETHEARTS
Program yang meraikan persaraan YBbhg. Datin Sri Hajah Nor Azizah binti Sulaiman, Pengerusi PUSPANITA Cawangan KPM dan YBrs. Dr. Norizan binti Ahmad, Naib Pengerusi PUSPANITA Cawangan KPM serta pertukaran Cik Ana Umilhusna binti Zulkifly, Bendahari PUSPANITA Cawangan KPM ke kementerian lain.
MAJLIS PENYERAHAN NOTA SERAH TUGAS PENGERUSI PUSPANITA CAWANGAN KPM
Majlis diadakan bagi menyerah tugas ke pada Pengerusi PUSPANITA Cawangan KPM yang baru iaitu YBhg. Datin Suhaiza binti Sulaiman oleh Mantan Pengerusi PUSPANITA Cawangan KPM iaitu YBhg. Datin Sri Nor Azizah binti Sulaiman bagi portfolio Sektor Pendidikan dan YBhg. Datin Prof. Madya Dr. Puzziawati binti Ab. Ghani bagi portfolio Sektor Pendidikan Tinggi.
PROGRAM ASAS KECANTIKAN OLEH WARDAH COSMETICS MALAYSIA
Program ini ditaja oleh Wardah Cosmetics Malaysia yang merupakan pengeluar kosmetik daripada Indonesia yang mempunyai Sijil Halal, asli dan selamat. Kelas ini memberi pendedahan berkenaan teknik penjagaan kecantikan dan asas makeup kepada warga KPM. Cenderahati percuma juga disediakan untuk peserta yang mengambil bahagian.
MESYUARAT JAWATANKUASA INDUK PUSPANITA CAWANGAN KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA BIL 1 TAHUN 2018
Mesyuarat AJK Induk pertama setelah pengabungan 2 portfolio iaitu Sektor Pendidikan dan Sektor Pendidikan Tingg yang dipengerusikan oleh Pengerusi PUSPANITA Cawangan KPM, YBhg. Datin Suhaiza binti Sulaiman dan disertai oleh Penaung PUSPANITA Cawangan KPM, YBhg. Dato' Dr. Mohd Gazali bin Abas, KSU Kementerian Pendidikan Malaysia.