top of page

SOALAN LAZIM

1. Bagaimanakah untuk menjadi ahli PUSPANITA?

Semua penjawat awam wanita dan isteri penjawat awam layak untuk menjadi ahli PUSPANITA.

2. Berapakah bayaran untuk menjadi ahli?
Bayaran untuk menjadi ahli PUSPANITA hanya RM2 sahaja seperti yang telah diputuskan oleh YBhg. Tan Sri KSN. Borang boleh diperolehi melalui Wakil Bahagian PUSPANITA setiap agensi.


3. Apakah manfaat yang ahli perolehi?

 

Pelbagai manfaat yang diperolehi oleh para ahli seperti meluaskan tali silaturrahim sesama penjawat awam khususnya dan orang luar amnya, menyertai pelbagai aktiviti kebajikan dan aktiviti yang berfaedah yang dianjurkan oleh PUSPANITA cawangan masing-masing.


4. Apakah peranan ahli?
Setiap persatuan yang hebat didukung oleh para ahlinya yang hebat. Oleh itu setiap ahli berperanan untuk menjadikan persatuan yang dinaunginya menjadi satu persatuan gah di mata masyarakat dan memberi banyak manfaat kepada semua.

5. Adakah uniform khas bagi ahli ?

Setiap ahli boleh memperolehi uniform khas yang direka khas untuk semua ahli PUSPANITA tidak kira apa tarafnya. Uniform ini boleh dibeli melalui bendahari PUSPANITA Cawangan agensi masing-masing. 

Dibangunkan & Diselenggara Oleh Biro ICT PUSPANITA Cawangan Kementerian Pendidikan Malaysia. 
Paparan terbaik menggunakan pelayar Firefox, Chrome, Safari, Internet Explorer 7.0 dengan resolusi skrin 1280 x 1024. 

PUSPANITA Cawangan Kementerian Pendidikan Malaysia tidak bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman web ini. Hak Cipta Terpelihara © 2018  PUSPANITA Cawangan Kementerian Pendidikan Malaysia.

Kemaskini: 24 Mei 2021

Jumlah Pelawat :

(Bermula 13 Oktober 2016) 

bottom of page