top of page
SEJARAH PENUBUHAN PUSPANITA KEBANGSAAN
Cetusan idea penubuhan PUSPANITA telah diilhamkan oleh Tun Dr. Mahathir bin Mohamad yang ketika itu menjawat Menteri Pelajaran selepas bercuti di Indonesia. Sepanjang percutian tersebut, mereka telah disambut oleh Dharma Wanita Persatuan. Oleh kerana upacara sambutan yang begitu baik serta layanan yang mesra kaum wanita di sana, Tun Mahathir kemudiannya menyarankan kepada Tun Dr. Siti Hasmah untuk mewujudkan satu persatuan sedemikian di Malaysia khas untuk kaum wanita.
Dengan bantuan Dato' Dr. Noor Laily Dato' Haji Abu Bakar yang ketika itu merupakan Ketua Pengarah Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN), Tun Dr. Siti Hasmah telah merealisasikan penubuhan PUSPANITA.
PUSPANITA telah dilancarkan dengan rasminya oleh Tun Dr. Siti Hasmah pada 1 Mac 1983. Ketika itu selain daripada beliau sendiri menjadi Penaung PUSPANITA yang pertama, berdasarkan Perlembagaan Tan Sri Hashim Aman, Ketua Setiausaha Negara adalah merupakan Penasihat dan isteri beliau Puan Sri Zawiyah binti Yacob adalah Yang Di Pertua PUSPANITA yang pertama. Dato' Dr. Noor Laily Dato' Haji Abu Bakar pula telah dilantik sebagai Setiausaha Agong Kehormat yang pertama.
Tun Dr. Siti Hasmah | Tun Dr. Mahathir bin Mohamad |
---|
bottom of page