top of page
AHLI PUSPANITA

 

Siapakah yang boleh menyertai sebagai ahli PUSPANITA? Untuk makluman pendaftaran sebagai ahli PUSPANITA adalah terbuka kepada semua anggota kakitangan awam wanita & isteri anggota kakitangan awam

YURAN PUSPANITA

 

Yuran rasmi hanya RM2.00 sahaja dikenakan kepada semua anggota awam wanita & isteri yang ingin menjadi ahli.

DEFINISI LOGO PUSPANITA

 

Bintang dan Sabit:

Melambangkan negara Malaysia di mana ahli-ahli PUSPANITA akan bersatu tenaga

Buku:

Melambangkan ilmu dan kemahiran yang sentiasa perlu ditingkatkan

Bunga Padi:

Melambangkan kesatuan di antara ahli yang berbilang bangsa di dalamnya

Bunga Raya:

Merupakan peranan persatuan dalam mencapai aspirasi dan objektif pembangunan negara

P dan Fa:

Melambangkan kewanitaan

Warna Emas:

Adalah kepentingan kualiti yang ulung sebagai dasar keunggunggulan

Warna Ungu:

Merupakan kemuliaan sumbangan sukarela ahli-ahli

DASAR

  • Meningkatkan keutuhan dan daya saing wanita untuk pembangunan negara di era K-ekonomi dan globalisasi

  • Membantu meningkatkan prestasi dan imej perkhidmatan awam ke arah menyokong pelaksanaan dasar-dasar kerajaan

  • Memupuk dan memantapkan nilai positif di kalangan wanita ke arah pembangunan dan kecemerlangan sahsiah dan kecemerlangan diri

  • Mewujudkan silaturrahim antara wanita-wanita di peringkat kebangsaan dan antarabangsa

  • Membantu memupuk hubungan kekeluargaan yang harmoni ke arah membenteras gejala sosial

  • Mempertahankan hak asasi manusia khususnya wanita

 STRATEGI

  1. Meningkatkan jumlah keahlian

  2. Meningkatkan kemahiran dan ilmu pengetahuan di kalangan ahli-ahli

  3. Mengadakan perkongsian pintar antara PUSPANITA dengan badan-badan kerajaan dan swasta di peringkat kebangsaan dan antarabangsa

  4. Menjana aktiviti yang menyokong dasar-dasar Kerajaan:

  • Ke arah merealisasikan Wawasan 2020

  • Mewujudkan masyarakat penyayang, sihat dan cergas

  • Penerapan nilai-nilai murni

  • Prihatin terhadap alam bina dan alam sekitar

SUMBER KEWANGAN

  1. Subsidi Am

  2. Subsidi Aktiviti

  3. Yuran Tahunan Ahli

  4. Sumbangan / Derma

PAKAIAN RASMI

 

Pakaian rasmi PUSPANITA dikeluarkan oleh pihak PUSPANITA Kebangsaan . Harganya hanya RM85 sahaja sepasang. Boleh hubungi Wakil Bahagian agensi masing-masing bagi mendapatkan baju rasmi ini.

Pakaian seragam MT Tahun 2010 - Sekarang (sebelah kiri) 

Pakaian seragam ahli tahun 2012 - Sekarang (sebelah kanan) 

bottom of page