top of page

MAJLIS ANUGERAH ANAK CEMERLANG TAHUN 2018 ANJURAN PUSPANITA DAN MESCA KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSI

Tarikh : 28 Mei 2019 (Selasa) jam 8.00 pagi

Tempat : Dewan Serbaguna, Aras 9, Blok E12, KPM, Putrajaya

Sukacita dimaklumkan bahawa PUSPANITA Cawangan Kementerian Pendidikan Malaysia dengan kerjasama Persatuan Sukan dan Kebudayaan Kementerian Pendidikan Malaysia (MESCA) akan mengadakan Majlis Penyampaian Anugerah tersebut pada 28 Mei 2019 (Selasa) jam 8.00 pagi di Dewan Sebaguna, Blok E12, Kompleks E, Putrajaya.

Sehubungan dengan itu, warga KPM dalam kalangan ahli MESCA/Puspanita daripada Bahagian yang mempunyai anak yang telah mencatatkan keputusan cemerlang dalam Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR), Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3), Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) dan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) bagi tahun 2018 adalah dipelawa untuk memohon.

Murid yang layak untuk dipertimbangkan perlu memenuhi syarat kelulusan seperti berikut:

  • UPSR - mendapat pencapaian sekurang-kurangnya 5A bagi murid Sekolah Kebangsaan (SK); atau 7A bagi murid Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan (SRJK)

  • PT3 – mendapat pencapaian sekurang-kurangnya 7A dalam mata pelajaran yang diambil;

  • SPM - mendapat pencapaian sekurang-kurangnya 7A dalam mata pelajaran yang diambil;

  • STPM - mendapat pencapaian Purata Nilai Gred Kumulatif sekurang-kurangnya 3.0 (CGPA) ke atas

  • STAM - mendapat pencapaian sekurang-kurangnya ‘Jayyid Jiddan’ dalam semua mata pelajaran yang diambil.

Pegawai dan kakitangan KPM yang mempunyai anak-anak yang layak diminta mengemukakan borang permohonan (seperti di Lampiran 1), salinan slip penyata gaji ibu/bapa yang menunjukkan potongan gaji bagi sumbangan kepada MESCA/kad keahlian PUSPANITA, salinan keputusan peperiksaan serta sijil kelahiran/kad pengenalan calon. Semua dokumen dan borang yang telah lengkap perlu disahkan dan diserahkan kepada urus setia pada atau sebelum 15 Mei 2019 (Rabu) di alamat berikut:

Sektor Pendidikan Puan Nani Herlin binti Jamin Urus Setia Anugerah Anak Cemerlang PUSPANITA & MESCA d/a Bahagian Sumber dan Teknologi Pendidikan KPM Aras 2, Blok E15, Kompleks Kerajaan Parcel E Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan 62604 Putrajaya Telefon : 03-8884 4390/ 019-7270423 Faks: 03 – 88886862 Emel: herlin.jamin@moe.gov.my

Sektor Pendidikan Tinggi Puan Nur Ain binti Meskam Urus Setia Anugerah Anak Cemerlang PUSPANITA & MESCA d/a Cawangan Pusat Sumber, Bahagian Khidmat Pengurusan KPM Aras 1, No 2, Menara 2, Jln P5/6 Presint 5 62200 Putrajaya Telefon : 03-88706304 Faks: 03-88706836 Emel: ain.meskam@moe.gov.my

Semua borang permohonan yang lengkap akan dinilai oleh Panel Penilaian dan keputusan adalah muktamad. Dokumen yang lewat dikemukakan atau tidak lengkap tidak akan dilayan. Pemohon yang berjaya akan dihubungi melalui telefon dan emel untuk hadir pada majlis penyampaian anugerah.

Sekiranya pihak YBhg, Datuk/Dato’/Datin/Tuan/Puan mempunyai sebarang pertanyaan berkenaan anugerah ini, bolehlah menghubungi Puan Nani Herlin binti Jamin pada talian 03-88844396/019-7270423.









bottom of page