PROGRAM KETERAMPILAN DIRI WANITA BISTARI TAHUN 2019
- Feb 26, 2019
- 1 min read
Tarikh : 26 Februari 2019 (Selasa)
Tempat : Bilik PUSPANITA KPM, Aras 3, Blok E8, KPM, Putrajaya
AJK Induk PUSPANITA Cawangan KPM telah mengadakan program berbentuk perkongsian ilmu penjagaan dan keterampilan wajah kepada warga PUSPANITA Cawangan KPM dengan kerjasama Wardah Cosmetics Malaysia. Program ini diadakan di Bilik PUSPANITA KPM, Aras 3, Blok E8, Putrajaya.
Penampilan adalah bentuk citra diri yang terpancar dari diri seseorang dan juga merupakan sarana komunikasi antara seorang individu dengan individu lainnya. Tampil menarik dapat mencetuskan rasa senang, selesa dan mewujudkan aura positif dalam komunikasi serta menjadi salah satu kunci sukses dalam kehidupan sosial bermasyarakat.
Sebagai suri dan anggota wanita Perkhidmatan Awam perhubungan muhibbah dan menyatupadukan kalangan ahli PUSPANITA BPM khususnya dan seluruh warga BPM umumnya. Selain daripada itu, program ini juga bertujuan untuk menggalakkan perkembangan pengetahuan, kemahiran serta kemajuan diri ahli-ahli.
Dengan slogan “Inspiring Beauty”, Wardah memberi inspirasi dalam menggalakkan wanita untuk menjaga diri mereka dan juga orang lain dengan cara terbaik dengan menggunakan produk yang halal dan selamat, bersesuaian untuk membelai wajah, badan dan jiwa wanita. Sejajar dengan keperluan wanita yang perlu sentiasa tampil berketerampilan, program ini memberi tunjuk ajar tentang cara penjagaan wajah dan tatarias yang bersesuaian dengan masa, tempat dan majlis. Dengan ini penampilan yang lebih sesuai dapat diadaptasi agar wanita tampil lebih yakin.

IMG_4292 IMG_4187 IMG_4200 IMG_4193 IMG_4195 IMG_4188 IMG_4209 IMG_4280 IMG_4278 IMG_4291 IMG_4286 IMG_4288 IMG_4284 IMG_4281 IMG_4276 IMG_4270 IMG_4261 IMG_4266 IMG_4273 IMG_4272 IMG_4268 IMG_4263 IMG_4258
Comments