MERAIKAN GURU DAN PELAJAR SK BATU 22, TAWAU, SABAH SEMPENA LAWATAN SAMBIL BELAJAR KE PUTRAJAYA
Tarikh : 22 September 2017
Tempat : IOI Putrajaya
Biro Kepenggunaan dan Keusahawanan telah mengadakan majlis makan tengah hari untuk guru dan pelajar dari Sekolah Kebangsaan Batu 22, Tawau, Sabah. Lawatan yang disertai oleh sebanyak 25 orang telah disambut oleh Datin Rosni binti Mat Daud, Penyelaras Biro dan lima orang Ahli Jawatankuasa Induk PUSPANITA Cawangan KPM. Tujuan program tersebut diadakan adalah untuk mengeratkan silaturahim antara ahli dengan guru dan pelajar SK Batu 22, Tawau, Sabah.