KLINIK ASAS DODGEBALL
Masa : 8.30 pagi
Tempat : Dewan Serbaguna Aras 9, Blok E12, Kompleks E, KPM
Anjuran : Unit Integriti, KPM & PUSPANITA KPM
Biro Sukan dan Kesihatan telah menganjurkan Klinik Asas Dodgeball (Elak Bola). Aktiviti ini bertujuan memperkenalkan sukan dodgeball yang agak baharu di Malaysia kepada ahli PUSPANITA. Klinik ini disertai oleh 50 orang peserta dari pelbagai bahagian dibawah Kementerian Pendidikan Malaysia. Klinik ini bermula pada pukul 2.30 petang hingga 5.30 petang. Pengajar bagi aktiviti klinik ini adalah wakil Persatuan Dodgeball Malaysia (MAD). Pegawai dan jurulatih dari MAD turut dibantu oleh beberapa orang pemain dodgeball kebangsaan. Semua peserta dibahagikan kepada beberapa kumpulan kecil dan setiap kumpulan dibimbing oleh seorang pemain dodgeball kebangsaan.