top of page

HI-TEA PUSPANITA

Tarikh : 15 September 2017

Tempat : Dewan Serbaguna, Aras 9, Blok E12, KPM

Program Hi-Tea (Minum Lewat Petang) merupakan program secara santai yang menampilkan penceramah jemputan khas, iaitu Dr. Nik Salida Suhaila binti Nik Saleh dengan ceramah berjudul “Peranan Wanita Alaf Baru”. Isu menarik dalam ceramah ini antaranya termasuklah peranan dan cabaran wanita alaf baharu dalam menghadapi dunia hari ini. Majlis ini telah diserikan dengan kehadiran Dato’ Sri Alias bin Haji Ahmad, Ketua Setiausaha KPM dan Tan Sri Dr. Khair bin Mohamad Yusof, Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia berserta 300 orang ahli PUSPANITA Cawangan KPM. Acara cabutan bertuah turut diadakan untuk memeriahkan majlis tersebut.


bottom of page