top of page

MALAM GALA PUSPANITA KPM: TRADISIONAL KLASIK 2017

Tarikh : 17 November 2017

Tempat : Hotel Marriot, Putrajaya

Majlis Makan Malam PUSPANITA Cawangan KPM merupakan aktiviti yang dinantikan oleh semua ahli saban tahun. Majlis makan malam ini berkonsepkan jualan meja makan malam kepada kumpulan sasaran yang terdiri daripada 450 – 500 orang ahli PUSPANITA Cawangan KPM melalui Jabatan/Bahagian masing-masing. Dana hasil jualan meja tersebut digunakan untuk menampung kos majlis makan malam. Lebihan pendapatan daripada hasil jualan meja tersebut dimasukkan ke dalam akaun PUSPANITA Cawangan KPM. Tema tahun ini ialah “Tradisional Klasik”.


Tetamu yang hadir mengenakan pakaian yang bersesuaian dengan tema seperti kebaya, kebarung, kurung klasik, dengan hiasan dokoh dan aksesori klasik Melayu. Kaum lain pula mengenakan pakaian tradisional mengikut kreativiti masing-masing. Konsep pakaian tradisional diketengahkan bertujuan untuk mewujudkan perpaduan kaum tanpa mengira agama, bangsa dan status sosial. Malam gala ini turut dimeriahkan dengan pertandingan Ratu Tradisional Klasik, persembahan nyanyian dan cabutan bertuah.


bottom of page