top of page

FUN WITH ENGLISH FOR TEENAGERS

Tarikh : 30 November 2017

Tempat : Dewan Sri Hendon Puspanitapuri, Presint 10, Putrajaya

Program Fun With English For Teenagers 2017 melibatkan sebanyak 400 orang termasuk anak ahli PUSPANITA Kebangsaan, pelajar dari Institut Pengajian Tinggi, murid sekolah dari sekitar Wilayah Persekutuan Putrajaya, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Selangor serta pelajar dari kolej dan politeknik. Program ini dianjurkan oleh PUSPANITA Kebangsaan dengan kerjasama PUSPANITA Cawangan KPM (Biro Pendidikan dan Pembangunan Keluarga) dan PUSPANITA Cawangan Kementerian Pengajian Tinggi (KPT).


Program ini diadakan untuk memberikan pendedahan dan keyakinan diri kepada anak ahli PUSPANITA untuk berinteraksi dalam bahasa Inggeris semasa urusan harian. Antara pengisian program termasuklah ceramah berkaitan “Cyber Awareness”, aktiviti Ice Breaking, Setting Team Identity, Towering Heights, kuiz pengetahuan am, gerak kerja berkumpulan dalam Planning and Group Preparation, serta Presentation and Programme Evaluation and Wrap-Up. Program ini dikendalikan oleh pensyarah dan pelatih dari ELTC dan KPT. Majlis telah disempurnakan perasmiannya oleh wakil Yang Dipertua PUSPANITA Kebangsaan.


Majlis Perasmian dimeriahkan lagi dengan Persembahan Busker; dan Magic Illusion oleh pelajar Politeknik Nilai. Program dilanjutkan kepada sesi lawatan ke Taman Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS), Serdang. Peserta turut diberi taklimat berkaitan ilmu perladangan dan tanaman, jenis-jenis durian dan cantuman mata tunas durian D197 Musang King.

bottom of page