PROGRAM JOM CANTIK KELAS PENJAGAAN KULIT, PENAMPILAN DIRI DAN ASAS SOLEKAN
Tarikh : 16 November 2017
Tempat : Bilik Prima Bunga Raya MESCA, Aras 7, Blok E14, KPM
Program ini dirasmikan oleh YBhg. Datin Sri Nor Azizah binti Sulaiman, Pengerusi PUSPANITA Cawangan KPM. Sebanyak 42 orang peserta telah menghadiri program ini. Program ini merupakan aktiviti yang julung-julung kali diadakan bertujuan untuk melestarikan peningkatan ilmu dalam kalangan ahli dari segi penampilan imej, keyakinan diri, dan tatarias paras rupa.
Penceramah undangan ialah Puan Nuur Aina binti Abdul Manan dari Jabatan Perdana Menteri. Peserta turut didedahkan dengan tatacara penjagaan kesihatan dan kecantikan wanita serta tatarias solekan oleh Puan Mahiran binti Zainal Abidin, Eksekutif Kanan dari Syarikat Mary Kay.
Program ini turut mengajar ahli tentang keyakinan diri dan imej, bagaimana menghasilkan kulit yang sihat, cara penjagaan kulit dengan betul dan mempelajari asas solekan harian. Antara modul yang digunakan dalam bengkel ini termasuklah Skin Analysis (Analisis Kulit), Step-by-Step Skin Routine (Rutin Kulit Langkah Demi Langkah), Make Up Session and Consultation (Sesi Mekap dan Perundingan). Bengkel berakhir dengan cabutan bertuah dan jamuan makan tengah hari.