CERAMAH KENEGARAAN PERSEPSI LWN REALITI
Tarikh : 1 November 2017
Tempat : Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan
Program ini telah dianjurkan oleh Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan dengan kerjasama PUSPANITA Cawangan KPM bertujuan bagi menyampaikan ceramah berbentuk kenegaraan kepada guru-guru di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Penganjuran program ini memperkukuh rasa cinta akan negara dalam kalangan guru terutamanya bagi generasi muda. Selain itu, melalui program ini juga, kesedaran tentang pentingnya kesejahteraan dan keamanan kepada negara dapat diberikan kepada para guru.
Ceramah dan sesi yang begitu menarik telah disampaikan oleh penceramah dari Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA). Program ini telah dirasmikan oleh YBhg. Datin Sri Nor Azizah binti Sulaiman, Pengerusi PUSPANITA Cawangan KPM dan telah berjalan lancar serta dengan jayanya.