top of page
Search

MERAIKAN GURU DAN PELAJAR SK JERLUN, AYER HITAM, KEDAH SEMPENA LAWATAN SAMBIL BELAJAR KE PUTRAJAYA

  • Writer: puspanita kpm
    puspanita kpm
  • Oct 24, 2017
  • 1 min read

Tarikh : 24 Oktober 2017

Tempat : IOI Putrajaya

Biro Kepenggunaan dan Keusahawanan telah mengadakan majlis makan tengah hari untuk guru dan pelajar dari SK Jerlun, Ayer Hitam, Kedah. Lawatan yang disertai oleh sebanyak 44 orang telah disambut oleh Datin Rosni binti Mat Daud, Penyelaras Biro dan lima orang Ahli Jawatankuasa Induk PUSPANITA Cawangan KPM. Rombongan tersebut juga mengadakan lawatan sambil belajar ke Kuala Lumpur dan Melaka.


Program ini diadakan untuk mengeratkan silaturahim serta membantu mengurangkan beban perbelanjaan murid yang terdiri daripada golongan ibu bapa berpendapatan rendah. Selain menceriakan dan menggembirakan pelajar SK Jerlun, program ini dirancang untuk memberikan pendedahan yang khusus kepada pelajar tentang konsep hidup berdikari ketika mengikuti aktiviti di samping mengisi masa terluang setelah selesai peperiksaan.


 
 
 

Dibangunkan & Diselenggara Oleh Biro ICT PUSPANITA Cawangan Kementerian Pendidikan Malaysia. 
Paparan terbaik menggunakan pelayar Firefox, Chrome, Safari, Internet Explorer 7.0 dengan resolusi skrin 1280 x 1024. 

PUSPANITA Cawangan Kementerian Pendidikan Malaysia tidak bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman web ini. Hak Cipta Terpelihara © 2018  PUSPANITA Cawangan Kementerian Pendidikan Malaysia.

Kemaskini: 24 Mei 2021

Jumlah Pelawat :

(Bermula 13 Oktober 2016) 

bottom of page