MAJLIS 1M4U 2017 PUSPANITA KPM
- Aug 10, 2017
- 1 min read
Masa : 10.00 pagi |
Tempat : Sekolah Kebangsaan Gombak Utara, Kuala Lumpur
Majlis 1Malaysia For Youth (1M4U) 2017 PUSPANITA Cawangan Kementerian Pendidikan Malaysia di Sekolah Kebangsaan Gombak Utara KM 11, Jalan Gombak, Batu 7 Gombak 53100 Kuala Lumpur.
Biro Sukarelawan telah mengadakan program berbentuk kebajikan di Sekolah Kebangsaan Gombak Utara, Kuala Lumpur, bagi memenuhi keperluan tanggungjawab sosial korporat. Sekolah ini dipilih kerana latar belakangnya dan sebahagian besar pelajarnya ialah anak orang asli. Selain itu, keaktifan sekolah dalam bidang kokurikulum telah menarik minat Biro Sukarelawan untuk mengadakan program di sekolah berkenaan.
Pelaksanaan program ini telah mencapai matlamat dan objektif yang disasarkan, iaitu membuat penambahbaikan dan mengecat makmal komputer yang sangat memerlukan penyelenggaraan fizikal seperti penyelenggaraan pendingin hawa, kerja mengecat bangunan yang agak uzur dan menceriakan suasana bilik komputer bagi memastikan proses pengajaran dan pembelajaran dapat dilaksanakan secara kondusif. Selain itu, Biro Sukarelawan turut memberikan perhatian terhadap keperluan menambah baik dan mengecat bilik rawatan yang sangat uzur. Program ini turut mendapat kerjasama yang amat baik daripada pihak sekolah.
Program ini telah dirasmikan oleh YBhg. Datin Sri Nor Azizah binti Sulaiman, Pengerusi PUSPANITA Cawangan KPM dan mendapat kerjasama yang amat baik daripada warga pendidik SK Gombak Utara, Persatuan Ibu Bapa dan Guru, Pejabat Pendidikan Daerah Gombak dan Jabatan Pendidikan Negeri Selangor.
IMG_1563 IMG_1546 IMG_1543 IMG_1556 IMG_1583 IMG_1578 IMG_1582 IMG_1589 IMG_1598 IMG_1577 IMG_1604 IMG_1595 IMG_1610 IMG_1613 IMG_1620 IMG_1624 IMG_1628 IMG_1640
IMG_1640 IMG_1653 IMG_1661 IMG_1659 IMG_1670 IMG_1686 IMG_1719 IMG_1694 IMG_1713 IMG_1705 IMG_1776 IMG_1750 IMG_1796 IMG_1823 IMG_1860 IMG_1833 IMG_1866 IMG_1894 IMG_1901 IMG_1908
Comments