LAWATAN KE SABAH
Tarikh : 18 – 20 Ogos 2017
Tempat : Pulau Manukan, Pulau Sapi, Pulau Sulug
Lawatan ke Sabah diketuai oleh YBhg. Datin Sri Nor Azizah binti Sulaiman, Pengerusi PUSPANITA Cawangan KPM dengan penyertaan sebanyak 17 orang ahli PUSPANITA Cawangan KPM. Lawatan santai ini bertujuan memperkukuh jalinan ukhuwah dengan ahli PUSPANITA Jabatan Pendidikan Negeri Sabah. Antara tempat menarik yang dilawati ahli PUSPANITA Cawangan KPM termasuklah Pulau Manukan, Pulau Sapi dan Pulau Sulug.