“JOM JIMAT! TANAM DAN TUAI”: PROJEK TANAMAN HIDROPONIK
Tarikh : 26 Julai 2017
Tempat : Bilik Mesyuarat Ibnu Sina, Aras 3, Blok E11, BPM
Anjuran : Biro ICT PUSPANITA KPM
Ceramah “Jom Jimat! Tanam & Tuai” bertujuan untuk memberikan pendedahan tentang cara penanaman tanaman/sayuran dengan menggunakan kaedah hidroponik yang berkonsepkan 3T, iaitu tanam, tinggal dan tuai. Tenaga pengajar ialah Encik Zul Atfi bin Hamdan dengan kehadiran peserta seramai 42 orang.
Kaedah tanaman hidroponik amat sesuai dan praktikal terutama bagi individu yang berkerjaya kerana penggunaan ruang, masa dan tenaga dapat dikurangkan dan menjimatkan kos penyediaan. Peserta didedahkan tentang cara penyediaan “hidroponik kit” yang menggunakan botol mineral dan cawan minuman plastik (bahan kitar semula).