top of page

PROGRAM PSIKOLOGI PEMBELAJARAN - "KEMPEN RAYA, SYAWAL MENJELMA, BAJET DI MANA?"

Masa : 8.15 pagi

Tempat : Dewan Serbaguna Aras 9, Blok E12, Kompleks E, KPM

Anjuran : Biro Keusahawanan dan Kepenggunaan PUSPANITA KPM

Program ini merupakan kolaborasi awal antara Bahagian Psikologi dan Kaunseling KPM bersama-sama Biro Kepenggunaan dan Keusahawanan bagi membantu ahli PUSPANITA dan pegawai serta kakitangan KPM untuk merancang perbelanjaan, khususnya menjana pendapatan semasa musim perayaan. Program ini dirasmikan oleh Timbalan Setiausaha Bahagian Psikologi dan Kaunseling. Turut serta dalam program ini ialah Datin Rosni binti Mat Daud, Penyelaras Biro Kepenggunaan dan Keusahawanan.


Penceramah jemputan ialah Puan Nor Akmar binti Yaakub dari Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK) dan Encik Rafizan bin Abd Razak, Timbalan Presiden Persatuan Food Truck Malaysia (Mentor Food Truck Malaysia). Program ini juga menggalakkan kesedaran tentang pentingnya perbelanjaan yang berhemah dalam pengurusan kewangan dan perbelanjaan seharian serta bagaimana menjana pendapatan walaupun semasa masih bekerja atau telah bersara. Selain itu, program ini memberikan peluang kepada peserta untuk menambahkan pendapatan sampingan atau menjadi usahawan melalui perniagaan trak makanan bagi menjana pendapatan.

bottom of page