PROGRAM 'COOKING WITH MAGGI'
Masa : 9.30 pagi - 1.00 petang
Tempat : Nestle Sdn Bhd, Mutiara Damansara, Petaing Jaya, Selangor
Anjuran : Biro Sosial PUSPANITA KPM
YBhg. Datin Seri Noraini binti Abdullah, Penaung PUSPANITA Cawangan KPM telah mengetuai lawatan ke Nestle (M) Bhd. yang disertai oleh seramai 30 orang ahli. Program ini berjaya mengeratkan hubungan silaturahim dan saling kenal antara satu sama lain dalam kalangan ahli PUSPANITA Cawangan KPM pelbagai bahagian dan latar belakang. Lawatan tersebut juga dapat mengeratkan kerjasama ahli PUSPANITA Cawangan KPM dengan syarikat swasta melalui aktiviti kebajikan. Dalam lawatan tersebut, selain acara pertandingan memasak berkumpulan, ahli PUSPANITA Cawangan KPM turut mendapat pengalaman memasak bersama-sama dengan Chef Muluk, serta penerangan produk yang dihasilkan oleh Nestle (M) Bhd.