Masquerade Fun Walk PUSPANITA KPM
Masa : 7.30 pagi
Tempat : Marina Putrajaya
Anjuran : Biro Sukan dan Kesihatan PUSPANITA KPM
Sebanyak 418 orang peserta dari pelbagai Bahagian KPM telah menyertai program ini. Acara bermula seawal pukul 7.30 pagi dengan taklimat ringkas oleh Puan Nur Asmara Diana. Pelepasan peserta telah disempurnakan oleh YBhg. Datin Sri Nor Azizah binti Sulaiman, Pengerusi PUSPANITA Cawangan KPM. Majlis ini dimeriahkan dengan kehadiran Puan Sri Yusrinah binti Ayub, Datin Akbal Hanam binti Talib dan Datin Rosni binti Mat Daud. Turut hadir dalam acara ini ialah Pengarah Bahagian Sukan dan isteri, Puan Sarjit Kaur, Ketua Biro Sukan dan Kesihatan. Masquerade Fun Walk meliputi kawasan di sekitar Marina Putrajaya sejauh tiga kilometer.
Selesai sahaja acara Masquerade Fun Walk, Pertandingan Berpakaian Paling Cantik, Cabutan Bertuah dan Zumba juga diadakan. Pertandingan Berpakaian Paling Cantik terbahagi kepada dua kategori, iaitu Kategori Peserta dan Kategori Jawatankuasa. Acara cabutan bertuah merupakan acara yang paling ditunggu-tunggu oleh peserta. Pelbagai hadiah menarik disediakan seperti hamper tajaan Maggi, MILO dan juga tajaan Puan Sri Yusrinah binti Ayub. Acara cabutan bertuah telah diselang seli dengan acara Zumba yang diketuai oleh pengajar Zumba Zin Puteri.
Setiap peserta yang menyertai aktiviti Fun Walk dikenakan yuran penyertaan sebanyak RM25.00 seorang. Ahli PUSPANITA yang mendaftar awal mendapat diskaun pelanggan awal (early-bird), iaitu RM50.00 untuk tiga orang peserta. Semua peserta telah menerima kemeja-T, Bib, Finisher Medal, sijil penyertaan dan sarapan. Penaja program ini, iaitu Marina Putrajaya, Maggi, MILO, E-Plus dan 100Plus turut menerima hamper sebagai tanda penghargaan terima kasih daripada pihak PUSPANITA Cawangan KPM.