top of page

ANUGERAH ANAK CEMERLANG UPSR, SPM, STPM DAN STAM TAHUN 2016 ANJURAN PUSPANITA DAN MESCA KPM

Masa : 8.15 pagi

Tempat : Dewan Serbaguna Aras 9, Blok E12, Kompleks E, KPM

Anjuran : MESCA & PUSPANITA KPM

Majlis Anugerah Anak Cemerlang dianjurkan oleh Biro Pendidikan dan Pembangunan Keluarga dengan kerjasama Persatuan Sukan dan Kebudayaan, KPM (MESCA). Sebanyak 245 orang ahli dan anak ahli telah menghadiri majlis anugerah tersebut. Majlis yang dirasmikan oleh Dato’ Jamil bin Rakun, Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan) merangkap Timbalan Yang Dipertua MESCA turut diserikan dengan kehadiran YBhg. Datin Sri Nor Azizah binti Sulaiman, Pengerusi PUSPANITA Cawangan KPM. Majlis ini bertujuan untuk memberikan sumbangan kepada anak-anak ahli yang berjaya mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan, iaitu UPSR (5A bagi sekolah kebangsaan dan 7A untuk SRJK [C] & SRJK [T]); SPM (mendapat pencapaian sekurang-kurangnya 9A); STPM (purata Nilai Gred Kumulatif 4.0 [CGPA]); dan STAM (mendapat pencapaian “mumtaz” dalam semua mata pelajaran yang diambil). Majlis turut diserikan dengan persembahan pelajar dari Sekolah Seni Malaysia, Kuala Lumpur.


bottom of page