top of page

KAD SKUAD PENGGUNA

KAD SKUAD PENGGUNA (KHAS UNTUK
AHLI SEUMUR HIDUP PUSPANITA)

KAD SKUAD PENGGUNA ini adalah merupakan kad diskaun ( loyalty card ) yang dikeluarkan oleh Bank Rakyat kepada anggota-anggota SKUAD PENGGUNA.Ia mempunyai tiga fungsi iaitu sebagai.
 

  • KAD DISKAUN

  • KAD LOYALTY

  • KAD PENGENALAN DIRI SEBAGAI ANGGOTA SKUAD PENGGUNA

Dengan menjadi ahli kita akan dapat diskaun ke atas produk atau perkhidmatan yang di tawarkan oleh premis yang mengambil bahagian ( rakan dagang ) yang menyertai program keistimewaan ini.
 

Lain-lain keistimewaan yang ada sebagai ahli SKUAD PENGGUNA ,kita boleh melaporkan trend harga dan isu-isu kepenggunaan di kawasan setempat,menyebarkan maklumat kepenggunaan,menjadi pemangkin untuk gaya hidup lestari dan pencinta alam sekitar serta dapat mengendalikan program atau aktiviti kepenggunaan setempat.

Antara premis-premis yang mengambil bahagian dalam SKUAD PENGGUNA ini adalah seperti MPH BOOKSTORES SDN BHD,RAKYAT TRAVEL SDN BHD,STAR CRUISE TRAVEL SERVICES(M)SDN BHD,KOPERASI KAKITANGAN BERNAS BHD DAN banyak lagi .

Diskaun yang diberikan dari 5 peratus sehingga 30 peratus.

CARA PENGGUNAAN KAD SKUAD PENGGUNA
CARA PENGGUNAAN KAD SKUAD PENGGUNA

Contoh: Sekiranya anda ingin bercuti ke Langkawi semasa cuti sekolah ini dan hendak mendapatkan penginapan dengan harga yang berpatutan.

1. Mula-mula sila klik pada pautan ini laman sesawang http://skuadpengguna.1pengguna.com/.

2. Kemudian untuk mencari maklumat tempat percutian/penginapan (ikon kapalterbang) sila klik pada ikon ini.

3. Kemudian senarai kemudahan penginapan akan dipaparkan.

4. Klik pada Nadias Hotel dan maklumat hotel , harga diskaun yang ditawarkan serta maklumat pegawai untuk dihubungi.

Sebagai contoh:
 

Harga asal: Bilik Standard RM280.00 di NADIA’s INN  satu malam

dengan kad skuad : dapat potongan 15% sebanyak lebih kurang RM38.00)

Anda perlu membayar lebih kurang RM240.00 sahaja!

​Selain daripada penginapan, kad ini boleh juga digunakan untuk mendapatkan khidmat automatif, buku/alat tulis, klinik kesihatan, optometri, pakaian, produk IT, salun kecantikan, sukan dan peruncitan mengikut negeri di Malaysia.

Dibangunkan & Diselenggara Oleh Biro ICT PUSPANITA Cawangan Kementerian Pendidikan Malaysia. 
Paparan terbaik menggunakan pelayar Firefox, Chrome, Safari, Internet Explorer 7.0 dengan resolusi skrin 1280 x 1024. 

PUSPANITA Cawangan Kementerian Pendidikan Malaysia tidak bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman web ini. Hak Cipta Terpelihara © 2018  PUSPANITA Cawangan Kementerian Pendidikan Malaysia.

Kemaskini: 24 Mei 2021

Jumlah Pelawat :

(Bermula 13 Oktober 2016) 

bottom of page